‘Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu’ – Syamsul Yusof

KUALA LUMPUR – “Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” kata Pengarah filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu. Ini bermakna, kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin …

‘Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu’ – Syamsul Yusof Read More »

Rosmah: Ahli Umno harap Najib dibawa keluar secepat mungkin

Rosmah Mansor percaya laungan ‘bebaskan bossku’ yang berkumandang di Perhimpunan Agung Umno kali ini membuktikan ahli-ahli parti itu mahukan suaminya, Najib Razak dibebaskan segera daripada penjara. Ketika bercakap kepada pemberita di Perhimpunan Agung Umno hari ini, Rosmah berkata dia berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli parti itu terhadap suaminya. “Saya berasa amat terharu …

Rosmah: Ahli Umno harap Najib dibawa keluar secepat mungkin Read More »

‘Dakwaan Pulau Pinang milik Kedah boleh cetuskan rusuhan’

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan bahawa Pulau Pinang milik Kedah. Dalam laporannya, Rayer berkata Sanusi membuat kenyataan melampau apabila mempersoalkan kedaulatan Pulau Pinang, yang ditubuhkan dan diiktiraf sebagai negeri berdaulat di bawah Perlembagaan Persekutuan. Tambahnya, Sanusi bukan sahaja mempersoalkan kesahihan perlembagaan tetapi …

‘Dakwaan Pulau Pinang milik Kedah boleh cetuskan rusuhan’ Read More »

Tawaran PAS sertai kerajaan bukan dibuat baru-baru ini

Selepas penafian demi penafian dibuat oleh pihak kerajaan berhubung tawaran untuk menjalin kerjasama, Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan pelawaan itu bukanlah dibuat baru-baru ini. Sebaliknya, kata Abdul Hadi, tawaran yang diajukan kepadanya – sebagai wakil kepada PAS – untuk menyertai kerajaan dibuat selepas berakhirnya pilihan raya umum (PRU) ke-15 tahun lalu. Dia …

Tawaran PAS sertai kerajaan bukan dibuat baru-baru ini Read More »

Hadi: Hanya Melayu mudah lupa bersama PH

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Harapan (PH) adalah Melayu yang mudah lupa khususnya dalam kalangan pemimpin. Katanya, banyak kenyataan golongan itu sebelum menjadi kerajaan dilupakan sejurus selepas menjadi kerajaan. “Antara yang terawal ialah kenyataan bersemangat yang dilaungkan oleh pemimpin Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), berulang …

Hadi: Hanya Melayu mudah lupa bersama PH Read More »

Pulau pinang kedah punya

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut. Jelasnya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja. “Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentu sahkan sempadan Kedah dengan negeri-negeri lain, yang saya tahu Pulau …

Pulau pinang kedah punya Read More »