Haqiem Rusli & Isteri Mohon Kerjasama Stesen Minyak, Kos Kerosakan Kereta Hampir RM50,000

Penyanyi, Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea mendakwa kereta mereka mengalami kerosakan selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Terengganu baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Kita Bagi Anis Masa, Saya Tidak Mahu Memaksa’ – Haqiem Rusli

Artikel Berkaitan: Netizen Setuju Pandangan David Teo Tentang Perubahan Imej Isteri Haqiem Rusli – ‘Iman Seseorang Pastinya Berbolak Balik’

Kereta tak bergerak

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Haqiem dan Anis di Instagram (IG),  kejadian berlaku pada 17 Mac lalu selepas mereka mengisi minyak di stesen minyak di Kuala Berang. Setelah itu, Haqiem mendapati kereta mereka tidak dapat bergerak dan mengeluarkan amaran kerosakan pada enjin.

Saya Ridzuan Haqiem Bin Rusli dan Wan Anis Sofea Binti Wan Zamzuri Menegaskan bahawa pihak stesen minyak Shell tidak memberi kerjasama untuk membayar kos membaik pulih kereta saya yang rosak akibat dibekalkan minyak yang bercampur air ketika mengisi minyak petrol di stesen minyak Shell Bukit Besi, Terengganu.

Untuk makluman, pada 17 Mac 2023 saya telah mengisi minyak petrol di stesen minyak Shell beralamat di Jalan Kuala Berang, Lot PT9067, Lay-By, 23300 Bukit Besi Terengganu.

Kemudian saya meneruskan perjalanan keluar dari stesen minyak tersebut tetapi lebih kurang 100 meter, kereta saya menunjukkan tanda amaran dan menyebabkan enjin kereta mati dan tidak dapat dihidupkan semula.

Selepas itu, mereka menghubungi trak tunda untuk membawa kereta jenis Mercedes tersebut ke bengkel berdekatan.

Kemudian kereta saya terpaksa ditunda ke bengkel Autorized Mercedes Benz paling berdekatan yang beralamat di Asbenz Stern Sdn Bhd No 179, Jalan Sultan Mohamad, Gong Kapas, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.

Tidak beri kerjasama

Dalam kenyataan yang sama, penyanyi berusia 26 tahun ini menjelaskan pihak bengkel percaya bahawa air telah memasuki ke tangki minyak.

Oleh sebab kerosakan yang teruk, Haqiem perlu menanggung kos membaikinya hampir RM50,000.

Pada 19 Mac 2023, pihak Asbenz Stern Sdn Bhd Selaku authorized Mercedes Benz dealer telah memaklumkan kepada saya bahawa kerosakan yang berlaku ke atas kereta saya disebabkan oleh kerana dalam tangki minyak kereta terdapat air yang berlebihan daripada minyak. Pihak Asbenz memberitahu kos untuk membaik pulih kereta saya ini dianggarkan hampir 50 ribu.

Susulan itu, mereka telah pergi ke stesen minyak tersebut bagi mencari jalan penyelesaian berhubung insiden yang berlaku.

Pada 22 Mac 2023, saya telah pergi ke stesen minyak Shell tersebut dengan tujuan untuk berbincang tentang penyelesaian atas perkara ini dan pihak stesen mintak Shell meminta kerjasama dari saya untuk memberikan pihak mereka lebih masa bagi mereka menyelesaikan masalah kereta saya.

Beberapa hari kemudian, pihak stesen minyak Shell telah menghubungi saya untuk meminta kebenaran memindah kereta saya untuk dibaiki di bengkel yang dicadangkan oleh pihak stesen minyak.

Memandangkan bengkel yang dicadangkan oleh mereka tidak berstatus autorized Mercedes Ben sedangkan kereta saya masih dalam waranti, maka saya tidak memberikan kebenaran kepada mereka untuk menunda kereta saya yang berada di bengkel Asbenz untuk pihak mereka pindahkan ke bengkel lain.

Bagaimanapun, pasangan ini mendakwa pihak stesen minyak berkenaan bertindak berdiam diri dengan tidak memberikan maklum balas hampir sebulan lebih.

Bermula dari itulah pihak mereka tidak lagi menjawab panggilan dan mesej dari saya.

Setakat hari ini, sudah hampir sebulan lebih, pihak stesen minyak Shell menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dengan berdiam diri dan gagal memberikan maklum balas apabila dihubungi sedangkan saya tertunggu-tunggu jawapan daripada pihak mereka.

Saya juga rasa amat dukacita diatas kegagalan pihak Shell dalam memberikan kerjasama kepada pelanggan Shell seperti saya yang ada masalah kereta rosak disebabkan oleh kecuaian pihak stesen minyak menjual minyak yang bercampur air mengakibatkan saya terpaksa menanggung keruguan yang besar untuk membaik pulih kereta itu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Tergantung Sepi itu menyeru agar pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap mana-mana stesen minyak yang menjual minyak bercampur air.

Saya juga amat berharap dan memohon kepada pihak kerajaan khususnya KPDN agar mengambil tindakan yang tegas dengan membatalkan lesen kepada pengusaha stesen minyak yang menipu rakyat dengan menjual minyak bercampur air kepada pengguna.

Sumber: Instagram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *